Sebelum ini, Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan daripada siri anime, Black Clover iaitu Black Clover: Quartet Knight. Kini, Bandai Namco akhirnya berkongsi tarikh pelancaran permainan tersebut iaitu pada 14 September ini di Playstation 4 dan PC.

Menurut Bandai Namco, permainan tersebut akan memfokuskan bentuk pertempuran secara penembak pandang ketiga yang mana ia merangkumi serangan secara magis. Ia juga akan menyertakan perlawanan secara empat lawan empat yang mempunyai bentuk koperasi pasukan yang pelbagai dari segi taktikal.

Black Clover: Quartet Knight merupakan permainan yang berdasarkan siri anime Black Clover. Ia ditempatkan di dunia fantasi dimana kesemua manusia dilahirkan dengan kuasa magis, kecuali watak utama permainan tersebut, Asta yang mana beliau perlu bergantung kepada kuasa fizikal beliau.

Namun, melalui permainan ini, Bandai Namco menyatakan bahawa mereka akan menyertakan penceritaan yang baru khas untuk permainan tersebut. Kali ini, ia akan memfokuskan watak Yami, dimana beliau merupakan kapten untuk skuad Black Bull. Pada masa yang sama, kerajaan Clover pula diserang oleh watak baru bernama Karna. Untuk mengembalikan keamanan, pemain akan mengawal sebilangan Magic Knights untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Bagi anda yang menyukai anime Black Clover, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan ini bermula 14 September ini.

Sohor Kini