Bandai Namco akhirnya mengumumkan acara kejohanan buat permainan perlawanan Dragon Ball FighterZ dimana kejohanan ini adalah hasil kerjasama bersama Twitch. Melaluinya, pihak Twitch akan mmepunyai hak esklusif untuk menyiarkan kesemua kejohanan tersebut secara langsung pada Januari 2019 ini.
Kejohanan Dragon Ball FighterZ World Tour akan berlangsung pada Januari 2019 ini namun bagi pusingan kelayakkan, ianya akan berlangsung di seluruh dunia bermula dengan di Amerika Syarikat di Florida dengan nama kejohanan SAGA.
Manakala bagi kelayakkan buat Asia Tenggara, SAGA Southeast Asia Major yang akan berlangsung pada 13 dan 14 Oktober ini di acara Gamestart, Singapura. Hadiah berjumlah $5,000 akan dipertandingkan ketika acara SAGA manakala acara akhir, hadiah terkumpul adalah $25,000.
Buat masa ini, pendaftaran masih lagi belum dibuka dan seperti biasa, kami akan mengemaskini apabila ia diumumkan kelak. Untuk sebarang informasi tambahan, anda boleh melayari laman rasmi Dragon Ball FighterZ World Tour.
Dragon Ball FighterZ adalah permainan perlawanan berdasarkan siri anime terkenal Dragon Ball Z. Ia sebelum telahpun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada awal tahun ini. Bandai Namco juga mengumumkan versi Switch bakal tiba pada 28 September ini. Anda juga boleh membaca ulasan permainan tersebut oleh kami melalui pautan ini.