Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Berkongsi Spesifikasi PC Untuk Soul Calibur VI
PC

Bandai Namco Berkongsi Spesifikasi PC Untuk Soul Calibur VI

Diterbitkan pada June 22, 2018 oleh .

Sebelum ini Bandai Namco berkongsi yang permainan ini akan mempunyai fungsi mereka watak sendiri, mereka turut mengumumkan spesifikasi PC untuk permainan ini. Berikut adalah spesifikasi minimal dan yagn dicadangkan.

Spesifikasi Minimal

  • CPU: Intel Core Intel Core i3-4160 @ 3.60GHz atau setara dan lebih tinggi
  • GPU: NVIDIA GeForce GTX 1050 (GPU lama: GeForce GTX 660, 750 Ti, atau setara)
  • RAM: 6GB

Spesifikasi Yang Dicadangkan

  • CPU: Intel Core i5-4690 3.5 GHz atau setara dan lebih tinggi
  • GPU: GeForce GTX 1060, atau setara dan lebih tinggi
  • RAM: 8GB

Soul Calibur VI merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan pertempuran secara bersenjata. Seperti permainan Soul Calibur sebelum ini, permainan Soul Calibur VI akan memfokuskan bentuk perlawanan secara 8 arah pergerakan. Soul Calibur VI bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam pada 19 Oktober 2018 ini.


TIPS & ULASAN