Informasi Permainan Video Terkini
FIFA 19 Untuk Switch Kini Disertakan Perlawanan Atas Talian Dengan Rakan

FIFA 19 Untuk Switch Kini Disertakan Perlawanan Atas Talian Dengan Rakan

Diterbitkan pada June 22, 2018 oleh .

Ketika FIFA 18 diumumkan untuk Switch ia bukanlah permainan yang boleh dikatakan sama dengan versi di platform lain. Antaranya adalah ia tidak mempunyai mod The Journey dan juga tidak menggunakan enjin Frostbite.

Selain itu FIFA 18 untuk Switch juga tidak mempunyai mod perlawanan atas talian melawan rakan anda, sebaliknya hanya boleh mencari lawan secara rambang.

Walaupun tidak dijelaskan mengapa FIFA 18 tidak mempunyai mod tersebut akan tetapi berita baik untuk FIFA 19, walaupun masih tidak mempunyai mod The Journey dan masih menggunakan enjin yang lain akan tetapi kali ini anda boleh berlawan dengan rakan anda (yang turut menggunakan Switch).

FIFA 19 bakal tiba buat Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada 28 September ini


TIPS & ULASAN