FIFA 19 Untuk Switch Masih Tidak Menggunakan Enjin Frostbite

Semasa FIFA 18 diumumkan untuk Switch pada tahun lepas, EA mengatakan versi untuk Switch adalah hampir sama dengan versi untuk platform lain kecuali tidak akan menggunakan enjin Frostbite dan juga tidak mempunyai mod penceritaan The Journey.

Melalui laporan Dream Team, pengarah penyeliaan untuk mod Piala Dunia Andrei Lazarescu mengatakan walaupun masih tidak mengunakan enjin Frostbite, FIFA 19 untuk Switch akan mendapat peningkatan yang banyak dari segi grafik.

Akan tetapi beliau mengatakan yang tidak akan menutup pintu untuk Frostbite dan mungkin akan menggunakan enjin tersebut di masa hadapan. FIFA 19 masih tidak diumumkan secara rasmi dan sudah semestinya lebih banyak maklumat akan dikongsi kan di E3 nanti.

Sohor Kini