Tahun lepas, Tencent mengumumkan bahawa permainan Arena Of Valor akan dilancarkan buat konsol Switch.

Kini, Tencent mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan sesi percubaan beta tertutup buat permainan tersebut pada 28 Jun ini dan bagi anda yang berminat, anda boleh membuat pendaftarannya sekarang.

Arena Of Valor merupakan permainan mudah-alih (Permua) multi-pemain atas-talian pertempuran arena (MOBA) yang asalnya dilancarkan di peranti telefon pintar. Sepanjang pelancaran permua tersebut, terdapat pelbagai acara e-sukan yang dijalankan oleh pihak Garena dan yang mana kini, pemain berpeluang untuk bermainnya di konsol Switch.

Melalui versi Switch, Tencent menyatakan bahawa mereka akan menyertakan sebilangan pernaik-tarafan dari segi visual bersama sokongan kawalan menggunakan alat kawalan JoyCon.

Bagi anda yang berminat, anda boleh membuat pendaftaran beta tertutup permainan tersebut melalui pautan di bawah yang mana ianya akan bermula pada 28 Jun ini sehingga 12 Julai.

Daftar: Beta tertutup Arena Of Valor

Sohor Kini