Informasi Permainan Video Terkini
Tencent Akan Menawarkan Arena of Valor Untuk Nintendo Switch

Tencent Akan Menawarkan Arena of Valor Untuk Nintendo Switch

Diterbitkan pada Okt 19, 2017 oleh .

Garena sedia menawarkan permainan Arena of Valor untuk pengguna Android dan iOS di Malaysia. Kini, selain daripada untuk permua, Tencent – penerbit permainan berkenaan turut mengumumkan akan menawarkan permainan MOBA ini untuk Nintendo Switch.

Arena of Valor menawarkan bentuk permainan MOBA yang menghubungkan 5-lawan-5, dimana pengguna boleh memilih adiwira dengan kelebihan tertentu dan bersaing dengan pihak lawan. Setakat ini, ia mempunyai lebih 160 juta pemain berdaftar – dan sangat popular di China dan rantau Asia Tenggara.

Dengan menawarkan untuk konsol Nintendo Switch, ia sekaligus akan menjadikan Tencent menguji populariti MOBA untuk konsol – dan bukan sekadar pada peranti mudah-alih sahaja.

Buat masa ini, pendaftaran minat telah dibuka untuk pengguna di Amerika Utara – dan tidak mustahil ia turut ditawarkan untuk pengguna Nintendo Switch seluruh dunia.