Resident Evil 2 yang diperbaharui untuk dikeluarkan di konsol terbaru akan menemui pemain pada 25 Januari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC akan tetapi tidak untuk Switch.
Seperti biasa ini akan mencetus pertanyaan untuk pemilik Switch jika permainan ini akan turut dikeluarkan untuk konsol mereka. Menurut pengurus pemasaran Capcom Mike Lunn, buat masa ini Capcom tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengeluarkan permainan tersebut di Switch.
Tambah beliau lagi buat masa ini mereka ingin memfokuskan tenaga pembangunan mereka untuk tiga platform tersebut. Kami tidak terkejut jika Capcom akan mengeluarkan permainan ini untuk Switch seperti Resident Evil 7 iaitu secara strim.
Resident Evil 2 kini boleh di pra tempah di Playstation Store dengan harga RM214 ataupun RM248 untuk edisi Deluxe manakala di Steam dengan harga RM139 dan RM162 untuk edisi Deluxe.
[info]Playstation Store: Resident Evil 2[/info] [info]Steam: Resident Evil 2[/info]