Capcom hari ini mengumumkan permainan seram Resident Evil 7: Biohazard akan dilancarkan di Nintendo Switch sebagai Cloud Version. Ini bermakna, permainan tersebut akan dimainkan secara penstriman dimana pemain perlu sentiasa perlu berada di atas-talian untuk strim permainan tersebut melalui Switch.

Menurut laman rasmi Capcom, permainan ini akan dilancarkan pada 24 Mei ini dengan harga langganan sebanyak ¥2,000(~RM72) dimana pemain berupaya untuk bermainnya selama 180 hari sahaja.

Menariknya, jika pemain ingin mencuba dahulu sebelum melanggan servis permainan tersebut, Capcom menyediakan sesi percubaannya selama 15 minit secara percuma untuk pemain mencuba servis penstriman permainan tersebut. Melalui Resident Evil 7: Biohazard Cloud Version, Capcom juga akan menyertakan segala DLC pernambahan yang dilancarkan di permainan tersebut sebelum ini.

Ini merupakan satu pilihan yang menarik, namun ia agak pelik memandangkan konsol Switch terkenal sebagai bukan sahaja konsol rumah, namun konsol mudah-alih dan memandangkan permainan ini distrimkan melalui atas-talian, tampaknya pemain perlu sentiasa berada di kawasan yang mempunyai akses internet yang laju untuk bermain permainan tersebut.

Resident Evil 7: Biohazard merupakan permainan seram yang dibangunkan dan dilancarkan oleh Capcom. Ia merupakan siri pertama Resident Evil yang memfokuskan bentuk permainan secara penembak pandang pertama dan mempunyai sokongan realiti-maya esklusif di Playstation VR. Ia sebelum ini dilancarkan di Playstation 4 dan juga PC pada tahun lepas.

Sohor Kini