Pokemon Go mungkinlah bukan sesuatu yang hangat sekarang berbanding pada awal dikeluarkan dahulu walaupun baru sahaja mencapai jumlah 800 juta kali dimuat turun.

Namun ia tidak bermakna yang permua ini tidak mempunyai pemain yang setia akan tetapi kami berharap bukanlah ‘setia’ seperti seorang ayah dan anaknya di Amerika yang ditangkap oleh Polis apabila bergaduh dengan pemain Pokemon Go yang lain.

Berdasarkan laporan, pergaduhan bermula apabila seorang pemain menuduh seorang lelaki berumur 71 tahun Robert Matteuzzi dan anaknya yang berumur 33 tahun menipu untuk mendapatkan Gym sebelum membaling botol ke arah mereka.

Matteuzzi bersama anaknya mengejar pemain tadi dan membaling botol kembali yang dikatakan mengena ke muka pemain tersebut sebelum ketiga-tiga mereka mula bergaduh.

Menurut laporan polis, kejadian ini dirakam oleh orang sekitar yang menunjukkan Matteuzzi memegang pemain tersebut semasa anaknya memukul. Pemain tersebut mengalami luka di muka dan kecederaan di bahagian mata.

Kami tidak pasti mengapa pergaduhan ini berlaku, sedangkan gym bukanlah sesuatu yang sukar untuk dirampas.

Sohor Kini