Informasi Permainan Video Terkini
Disney Kini Sedang Menghasilkan Rancangan Permainan TV Berasaskan Konsol Nintendo Switch

Disney Kini Sedang Menghasilkan Rancangan Permainan TV Berasaskan Konsol Nintendo Switch

Diterbitkan pada June 21, 2018 oleh .

Disney dan Nintendo minggu ini bekerjasama untuk menghasilkan satu rancangan permainan TV berasaskan konsol hibrid, Nintendo Switch. Rancangan tersebut dinamakan Nintendo Switch Family Showdown.

Menurut Disney, rancangan tersebut akan ditayangkan pada musim pans tahun ini di saluran Disney, Disney XD dan aplikasi penstriman DisneyNow.

Melalui laporan Eurogamer, rancangan tersebut akan meletakkan empat keluarga di dalam setiap episod dimana mereka akan bertempur sesama mereka dengan bermain konsol Nintendo Switch.

Sesi permainan tersebut juga akan direkodkan nilai markah dimana mereka berpeluang untuk memenangi sebilangan hadiah jika mereka menjuarai pertempuran tersebut. Rancangan ini sememangnya seakan rancangan permainan TV yang sering kita lihat di kaca TV, namun ianya akan berasaskan permainan di konsol Switch.

Ini merupakan satu teknik pasaran yang sangat menarik oleh Nintendo, terutamanya permainan Super Mario Party yang diumumkan oleh mereka baru-baru ini. Ianya bukan sahaja akan memasarkan konsol mereka, malah permainan-permainan yang menarik untuk konsol Switch tersebut.

Untuk sebarang informasi lanjut dan juga cara-cara untuk berpeluang menyertai rancangan TV tersebut, anda boleh melayari laman rasmi rancangan TV tersebut dibawah.

Laman Rasmi: Nintendo Switch Family Showdown


TIPS & ULASAN