Skip to main content

Mario Party yang terbaru hanya dikeluarkan untuk 3DS, dan permainan terakhir yang dikeluarkan untuk konsol adalah Mario Party 10 yang dikeluarkan untuk Wii U pada 2015.

Melalui persidangan E3 mereka, Nintendo mengumumkan Super Mario Party akan dikeluarkan untuk Switch dan akan tiba pada 5 Oktober 2018. Melalui trailer yang dipertontonkan seperti biasa Mario Party merupakan permainan untuk bermain bersama dengan rakan dan keluarga anda.

Trailer tersebut turut memperlihatkan permainan yang boleh dimainkan dengan menggabungkan dua konsol Switch dan bertempur seramai 4 orang.

Super Mario Party akan mempunyai pelbagai mod seperti Mario Party, Toad’s Rec Room dan juga terdapat 80 permainan kecil yang akan menggunakan joy-con dengan cara yang berbeza. Permainan ini akan berharga $59.99 (RM240).

Leave a Reply