Informasi Permainan Video Terkini
Fungsi Xbox Avatar Baru Akhirnya Tiba – Hanya Untuk Pengguna Xbox Insider Dahulu

Fungsi Xbox Avatar Baru Akhirnya Tiba – Hanya Untuk Pengguna Xbox Insider Dahulu

Diterbitkan pada June 21, 2018 oleh .

Tahun lepas, Xbox memperkenal fungsi avatar baru buat sistem Xbox yang mana pada November lepas, mereka menyatakan ia ditunda sehingga tahun ini.

Kini, fungsi tersebut akhirnya tiba buat pengguna Xbox melalui program Xbox Insider. Iaitu program akses awal untuk pengguna konsol Xbox.

Fungsi terbaru Xbox Avatar ini asalnya diumumkan ketika acara E3 2017 lepas yang mana menurut Microsoft, mereka akan menyertakan pelbagai pengubah-suaian avatar watak seperti keupayaan eskpresi wajah yang lebih menarik dan juga avatar kerusi roda mahupun lengan prostetik untuk golongan kurang upaya.

Xbox Avatar sebelum ini diperkenalkan hampir 10 tahun lepas bersama konsol Xbox 360. Seperti yang anda lihat imej diatas, perbezaan yang agak ketara dapat dilihatkan melalui kemaskini terbaru ini oleh Microsoft.

Bagi mereka yang ingin membina avatar Xbox yang baru dan lebih menarik, jangan lepaskan peluang untuk mengakses Xbox Insider Program dan menggunakan fungsi ini.

Bagi pemain Xbox yang lain, Microsoft belum berkongsi lagi tarikh pelancarannya secara rasmi.


TIPS & ULASAN