Minggu ini, Mike Ybarra, naib-presiden Xbox daripada Microsoft menyatakan bahawa Xbox Avatar yang diumumkan oleh Microsoft pada E3 Jun yang lepas mungkin akan ditundakan sehingga tahun hadapan.
Most likely early next year. Working to make them great. Patience will pay off. https://t.co/iqn4Y4FNPu
— Mike Ybarra (@Qwik) November 13, 2017
Menurut Twitter rasmi Mike Ybarra, beliau menyatakan penangguhan tersebut adalah kerana Microsoft memerlukan masa untuk menambah-baikkan sistem Xbox Avatar tersebut supaya ia bersedia untuk dilancarkan untuk pengguna. Beliau juga menyatakan kesabaran pengguna akan berbaloi dengan penangguhan tersebut.
https://www.youtube.com/watch?v=oBfB7kuk1lA
Xbox Avatar terbaru tersebut diumumkan ketika E3 Jun yang lepas dimana ia memfokuskan rekaan yang terbaru dengan pelbagai pengubah-suai yang meluas termasuklah lengan prostetik dan kerusi roda. Xbox juga tidak lagi mengunci pakaian mengikut jantina sekaligus memberi kepelbagai kepada pengguna untuk mengubah-suai watak mereka.
Ia dirancang untuk dilancarkan pada musim luruh tahun ini, namun dengan pengumuman tersebut, kita mungkin bakal mendapat kemaskini terbaru Xbox Avatar tersebut pada tahun hadapan.