Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, servis atas-talian untuk permainan Gravity Rush 2 akan ditutup pada 19 Julai 2018 ini.

Bagi anda yang merancang untuk bermain permainan ini ataupun masih belum menghabiskannya, inilah peluang anda untuk pastikan anda menghabiskan mod servis atas-talian permainan tersebut. Namun, bagi mereka yang ingin bermain secara solo, penutupan servis atas-talian tidak akan memberi sebarang kesan untuk mod permainan secara solo.

Antara servis atas-talian yang terdapat di dalam permainan tersebut adalah keupayaan untuk menerima dan menghantar cabaran permainan, pemburan harta karun, mod foto hantu, menerima Dusty Tokens dan melihat kedudukan pemain.

Sebelum ini, Sony Interactive Entertainment juga mengumumkan bahawa permainan Gravity Rush 2 tersebut mendapat penurunan harga jualan sehingga RM99.

Gravity Rush 2 merupakan permainan sekuel kepada Gravity Rush yang asalnya dilancarkan di Playstation Vita. Ia merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan watak Kat dimana beliau berupaya untuk memanupulasikan graviti. Gravity Rush 2 dilancarkan pada tahun lepas secara esklusif di Playstation 4.

Sohor Kini