Informasi Permainan Video Terkini
Servis Atas-Talian Gravity Rush 2 Akan Diteruskan Sehingga 19 Julai 2018

Servis Atas-Talian Gravity Rush 2 Akan Diteruskan Sehingga 19 Julai 2018

Diterbitkan pada Jan 12, 2018 oleh .

Sebelum ini, Sony Interactive Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan memberhentikan servis atas-talian buat permainan Gravity Rush 2 pada 18 Januari ini.

Namun, menurut bebenang Reddit Playstation 4, pengguna bernama Hartia menemui yang mana notifikasi yang terdapat permainan tersebut menyatakan servis atas-talian tersebut akan diteruskan sehinggalah 19 Julai 2018 ini.

Antara servis atas-talian yang terdapat di dalam permainan tersebut adalah keupayaan untuk menerima dan menghantar cabaran permainan, pemburan harta karun, mod foto hantu, menerima Dusty Tokens dan melihat kedudukan pemain.

Gravity Rush 2 merupakan permainan sekuel kepada Gravity Rush yang asalnya dilancarkan di Playstation Vita. Ia merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan watak Kat dimana beliau berupaya untuk memanupulasikan graviti. Gravity Rush 2 asalnya dilancarkan pada 18 Januari 2017 secara esklusif di Playstation 4.