Nielsen hari ini telah mengeluarkan laporan tahunan berkenaan permainan video yang mana mereka berkongsi sebilangan laporan mendalam berkenaan industri permainan video. Terdapat pelbagai laporan yang dilaporkan seperti e-sukan, realiti-maya dan jika anda berminat untuk membacanya, anda boleh ke pautan Nielsen tersebut.

Sebahagian laporan Nielsen yang menarik minat kami adalah mereka memfokuskan pemain berumur lebih dari 13 tahun. Melaluinya, mereka juga melaporkan masa yang dihabiskan untuk bermain permainan setiap minggu bersama wang yang dibelanja oleh mereka untuk permainan sepanjang bulan.

Namun, antara perkara laporan yang menarik minat kami adalah berkenaan permainan digital dan fizikal yang menunjukkan 71% pemain PC lebih menyukai permainan secara digital. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan akses untuk permainan di platform tersebut lebih senang melalui Steam. Tambahan juga laporan kami sebelum ini berkenaan jualan permainan digital di Malaysia dan seluruh dunia meningkat.

Tetapi dari segi pemain konsol pula, tampaknya permainan fizikal masih lagi menjadi pilihan mereka sehingga 66% lebih menyukai permainan fizikal. Namun, laporan ini adalah hanya dilakukan untuk warga Amerika Syarikat dan memandangkan akses permainan fizikal disana lebih mudah berbanding di sini, ianya mungkin berbeza dengan keadaan di Malaysia.

Menariknya, laporan tersebut juga melaporkan pemain yang lebih menyukai permainan secara digital, menghabiskan lebih banyak masa bermain permainan video berbanding mereka yang bermain di konsol mahupun PC secara fizikal.

Dari segi pemain di kalangan khalayak ramai juga meningkat untuk tahun ini sebanyak 2% dengan nilai 66% berbanding tahun lepas yang hanya 64%.

Menariknya juga, pemain konsol yang bermain permua (Permainan mudah-alih) menurun yang mana kini semakin kurang bermain permainan secara mudah-alih di peranti telefon pintar ataupun tablet berdasarkan laporan tersebut.

Bagi anda yang ingin membaca kesemua laporan Nielsen tersebut, anda boleh melayari pautan Nielsen dibawah dan memuat-turun laporan tersebut secara percuma.

Muat-turun: Laporan Permainan Video Nielsen

Sohor Kini