Skip to main content

Dengan peningkatan jumlah dan kualiti permainan video yang dilancarkan sepanjang tahun 2017, tampaknya impak tersebut juga memberi kesan terhadap hasil jualan permainan video secara digital.

Menurut laporan Entertainment Retailers Association (ERA) melalui GamesIndustry.biz, pemain di UK membelanjakan wang sebanyak £3,353 bilion(~RM18 trilion) buat permainan video. Walaupun peningkatan jualan permainan video secara fizikal hanyalah 2.1% sahaja dengan jumlah jualan £792.4 juta, namun jualan permainan video secara digital meningkat dengan mendadak daripada £2.28 bilion kepada £2.56 bilion iaitu peningkatan secara 12.1%.

Secara keseluruhannya, industri hiburan termasuklah kandungan media video dan muzik mencatat hasil jualan berjumlah £7.24 billion sepanjang 2017 yang merangkumi sebanyak 71.9% merupakan jualan secara digital.

CEO Entertainment Retailers Association (ERA), Kim Bayley menyatakan bahawa penjualan kandungan media secara digital sememangnya meningkat di kalangan masyarakat di UK. Beliau juga menyatakan bahawa perningkatan ini juga menunjukkan kebaikkan dari segi inovasi teknologi yang semakin berkembang pada era ini dimana sebelum ini ia terhad kepada pengeluaran kandungan yang dijadualkan oleh pengeluar-pengeluar permainan, studio filem dan label rekod. Kini, pengguna boleh mengakses segala kandungan secara bebas sepanjang masa melalui internet.

Kandungan digital sememangnya merupakan peningkatan dan inovasi yang menarik terutamanya buat permainan video. Dengan peningkatan dan kemudahan penjualan permainan video secara digital seperti Steam dan juga PSN Store, ia menjadi semakin mudah untuk mendapatkan sebarang permainan video dengan lebih pantas dan tanpa perlu keluar daripada kediaman masing-masing.

Dengan perkembangan kandungan digital juga, industri permainan video pada masa akan datang kelak mungkin akan menjurus ke arah digital sahaja. Memandangkan permainan di PC jarang sekali dilancarkan secara fizikal tidak seperti di konsol, adakah pada masa akan datang, kesemua permainan akan hanya boleh di akses dan dibeli secara digital?

Leave a Reply