Bersama-sama pengumuman angka pemain terkini untuk PUBG, kini pihak Tencent turut telah menawarkan kemaskini terbaru untuk PUBG Mobile dengan beberapa ciri baru.

Yang menjadi fokus utama adalah sokongan mod pandang pertama, sekaligus memberikan pengalaman permainan yang lebih menarik berbanding mod pandang ketiga sebelum ini. Pengguna boleh memilih tetapan ini sebelum memulakan sesuatu permainan berkenaan.
Disamping itu, PUBG Mobile juga kini memperkenalkan Royale Pass Season 1 yang memberi akses untuk pemain nyah-kunci sejumlah ganjaran ketika dalam permainan berkenaan.
Bagi anda yang memainkan PUBG Mobile, boleh mengemaskini aplikasi anda di peranti mudah-alih hari ini, dan menikmati ciri-ciri baru ini.


