Skip to main content

Kevin Bruner, iaitu pengasas bagi studio pembangun permainan Telltale Games merupakan salah seorang yang bertanggungjawab ketika pelancaran studio tersebut pada 2004 dan bekas CEO kini menyaman syarikat tersebut akibat pelanggaran kontrak Telltale Games terhadap beliau.

Pada 2015, studio tersebut dibeli oleh syarikat Lionsgate, sekaligus pangkat CEO Kevin Bruner digantikan oleh pihak luar. Tetapi, beliau masih lagi bersama lembaga pengarah studio tersebut.

Namun, ketika Kevin Bruner cuba untuk menjual sebahagian saham beliau untuk studi tersebut, beliau dihalang sebarang komunikasi dan informasi terhadap studio tersebut sekaligus dibuang daripada sebahagian daripada lembaga pengarah. Dimana mengikut kontrak, mereka perlu menyediakan informasi sokongan semasa beliau ingin menjual saham beliau.

Manakala pihak Telltale Games menyatakan kes saman tersebut hanya satu alasan dan sengaja ingin membalas dendam terhadap syarikat tersebut yang telahpun mengalami masalah kewangan seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini.

Buat masa ini, kes ini masih lagi berlangsung dan sebarang informasi baru berkenaannya, kami akan berkongsi setelah mendapat laporan yang baru.

Leave a Reply