Skip to main content

Telltale Games, sebuah studio pembangun permainan yang terkenal dengan siri The Walking Dead, Minecraft Story Mode, hari ini mengumumkan bahawa mereka menyusun semula struktur syarikat tersebut dengan mengurangkan 25% tenaga kerja dan menyebabkan 90 staf diberhentikan secara serta-merta.

Penyusulan semula struktur syarikat tersebut merupakan initiatif mereka untuk menghasilkan sebuah syarikat pembangun permainan yang lebih kompetitif dan pengeluar permainan yang memfokus penceritaan yang berkualiti tinggi. Mereka juga menyatakan bahawa tindakan tersebut tidak akan memberi sebarang impak terhadap segala permainan yang diumumkan oleh mereka sebelum ini.

Menurut CEO Telltale Games, Pete Hawley, beliau menyatakan bahawa pada masa akan datang, mereka ingin menghasilkan permainan yang lebih sedikit namun berkualiti tinggi dengan pasukan pembangun permainan yang lebih kecil. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pembangun-pembangun permainan yang pernah terlibat menghasilkan pelbagai permainan yang dikeluarkan oleh Telltale Games dan mereka akan membantu segala transaksi yang dihadapi oleh mereka yang diberhenti.

Walaubagaimana pun, Telltale Games tidak memberi sebarang informasi lanjut berkenaan penstruktur semula tersebut. Ini merupakan berita sedih bagi pembangun-pembangun permainan yang diberhentikan dari Telltale Games dan kami di Aksiz mengucapkan selamat maju jaya terhadap pembangun-pembangun tersebut pada masa akan datang.

Leave a Reply