Informasi Permainan Video Terkini
EA Mengakui Fungsi Rentas-Platform Untuk FIFA Adalah Sesuatu Yang Baik Untuk Pemain

EA Mengakui Fungsi Rentas-Platform Untuk FIFA Adalah Sesuatu Yang Baik Untuk Pemain

Diterbitkan pada June 20, 2018 oleh .

Fungsi rentas-platform kini menjadi perbualan apabila Fortnite kini dikeluarkan hampir di setiap platform iaitu Playstation 4, Xbox One, Switch, PC dan juga permua. Menariknya Fortnite mempunyai fungsi rentas-platform untuk semua platform kecuali Playstation 4.

Perkembangan ini yang menjadikan pemain kini meminta untuk permainan lain turut mempunyai fungsi rentas-platform dan pemain FIFA tidak terkecuali.

Apabila ditanya mengenai perkara ini, pengarah kreatif FIFA Matt Prior mengatakan fungsi ini adalah sesuatu yang sedang dikaji oleh EA Sports akan tetapi buat masa ini ada pelbagai lagi masalah yang menghalang dari perkara ini berlaku.

Tambah beliau fungsi ini akan menjadikan komuniti FIFA lebih berkembang dan sudah semestinya menjadikan permainan ini secara keseluruhan lebih baik. Walaupun tidak mengatakan jangkaan masa, akan tetapi beliau mengatakan mungkin suatu hari nanti.

Bagi kami, apabila bermain FIFA ada masa mempunyai masalah untuk mendapat lawan terutama jika dimainkan di PC, dengan adanya fungi rentas-platform ini sudah semestinya akan lebih memudahkan.

Mungkin antara masalah yang dinyatakan oleh EA adalah, Sony tidak membenarkan fungsi ini di konsol mereka. Manakala Switch menggunakan enjin berlainan untuk FIFA berbanding dengan konsol dan PC yang mungkin mempunyai masalah keseimbangan. Apapun kami tetap berharap ia akan menjadi kenyataan.

FIFA19 bakal tiba buat Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada 28 September ini


TIPS & ULASAN