Informasi Permainan Video Terkini
Warriors Orochi 4 Bakal Tiba Oktober Ini – Mod Koperasi Melalui Pembahagian Skrin Kembali

Warriors Orochi 4 Bakal Tiba Oktober Ini – Mod Koperasi Melalui Pembahagian Skrin Kembali

Diterbitkan pada June 19, 2018 oleh .

Koei Tecmo hari ini berkongsi tarikh pelancaran buat permainan Warriors Orochi 4 yang diumumkan oleh baru-baru ini. Menurut Koei Tecmo, permainan tersebut akan tiba pada 16 Oktober ini secara global dan menariknya, mod koperasi melalui pembahagian skrin kini kembali buat permainan tersebut.

Dengan hampir 170 watak daripada siri Dynasty Warriors dan Samurai Warriors, permainan ini akan pelbagai pilihan buat pemain untuk bermain berseorangan ataupun bersama rakan melalui mod koperasi pembahagian skrin yang diumumkan bersama.

Team Ninja, iaitu pembangun permainan tersebut juga menyatakan kini terdapat satu kemahiran baru buat pemain iaitu kemahiran magis yang mana akan memberi pelbagai kuasa menarik untuk pemain bertempur dengan musuh.

Mereka juga memperkenalkan watak baru daripada mitologi Yunani, iaitu Zeus. Melaluinya, Zeus berupaya untuk melakukan pelbagai bentuk serangan tenaga kilat yang kuat.

Warriors Orochi 4 akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan juga PC melalui Steam bermula 16 Oktober ini.


TIPS & ULASAN