Mac lepas, Koei Tecmo memperacah bahawa mereka akan melancarkan permainan seterusnya buat siri Warriors Orochi, kini mereka akhirnya mengumumkannya secara rasmi yang mana ia bakal tiba buat konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada musim luruh tahun ini iaitu antara September sehingga Disember ini.
We are pleased to announce #WO4 #WarriorsOrochi4 is coming to PS4/Xbone/Switch AND Steam in the west this Autumn! pic.twitter.com/kcipTYEH2c
— KOEI TECMO EUROPE (@koeitecmoeurope) May 10, 2018
Menariknya, menurut Koei Tecmo, permainan tersebut tidak akan mempunyai bentuk dunia terbuka seperti Dynasty Warriors dan mereka juga akan menyertakan mod koperasi secara pembahagian skrin.
Selain itu, Koei Tecmo juga mengumumkan bahawa permainan ini akan menyertakan 170 watak yang boleh dimainkan. Bagi senarai penuh watak permainan tersebut, anda boleh melayari laman rasmi Warriors Orochi di sini.
Koei Tecmo juga menyatakan bahawa mereka akan mengumumkan sebarang informasi tambahan berkenaan permainan tersebut pada masa akan datang. Seperti biasa, kami akan kongsinya apabila ia diumumkan kelak.