Skip to main content

Sebelum ini, SEGA mengumumkan permainan berdasarkan siri anime, Fist Of The North Star bakal dilancarkan oleh mereka. Namun asalnya ianya hanya buat pasaran Jepun dan kini, SEGA akhirnya menyatakan bahawa mereka akan melancarkan permainan tersebut secara global iaitu pada 2 Oktober ini khas di konsol Playstation 4.

Fist Of The North Star: Lost Paradise dibangunkan oleh studio yang sama yang membangunkan siri permainan Yakuza dan ianya merupakan permainan dalam bentuk pengembaraan RPG. Bagi anda yang berminat dengan siri manga Fist Of The North dan pengembaraan Kenshiro, anda pasti akan menyukai permainan ini.

Menurut SEGA, permainan ini juga dibangunkan khas untuk mereka yang tidak biasa dengan siri manga tersebut dengan bentuk penceritaan yang baru. SEGA juga akan menyertakan fungsi dwi-bahasa dimana pemain berupaya untuk mendengar bahasa Jepun mahupun Inggeris.

Fist Of The North Star: Lost Paradise bakal tiba secara esklusif di konsol Playstation 4 pada 2 Oktober ini secara digital dan juga fizikal.

Leave a Reply