Informasi Permainan Video Terkini
Pembangun Permainan Yakuza Mengumumkan Permainan Fist Of The North Star

Pembangun Permainan Yakuza Mengumumkan Permainan Fist Of The North Star

Diterbitkan pada Ogos 28, 2017 oleh .

Siri anime dan manga popular Fist Of The North Star, bakal ditawarkan dalam bentuk siri permainan – dibangunkan oleh pembangun permainan Yakuza di Playstation 4. Ia bakal dilancarkan untuk pasaran Jepun pada 2018 kelak.

Permainan aksi pengembaraan ini bakal menyertakan penceritaan yang baru dari siri anime yang menempatkan pemain di kawasan “Eden”. Pemain akan berupaya untuk bermain pelbagai aktiviti dan pengembaraan seperti bentuk permainan dari siri permainan Yakuza.

Seperti biasa, Sega masih lagi belum mengumumkan tarikh pelancaran untuk edisi global untuk permainan ini. Buat masa sekarang ia diumumkan bakal dilancarkan di pasaran Jepun sahaja. Kita mungkin akan lihat pengumuman untuk edisi global bagi permainan ini dalam masa terdekat.