Informasi Permainan Video Terkini
Little Witch Academia: Chamber of Time Diumumkan Untuk PS4 dan PC Akan Tiba Pada 15 Mei 2018
PC

Little Witch Academia: Chamber of Time Diumumkan Untuk PS4 dan PC Akan Tiba Pada 15 Mei 2018

Diterbitkan pada Mac 19, 2018 oleh .

Bagi peminati siri anime Little Witch Academia berita ini adalah dikhaskan untuk anda. Bandai Namco mengumumkan permainan berdasarkan siri anime ini iaitu Little Witch Academia: Chamber of Time akan dikeluarkan pada 15 Mei 2018 untuk Playstation 4 dan PC.

Permainan ini akan mempunyai penceritaan tersendiri berdasarkan siri anime dan akan menyertakan watak-watak utama dari siri anime dan juga cut scenes eksklusif yang diterbitkan oleh Trigger (penerbit siri anime).

Buat masa ini tiada maklumat lanjut mengenai tarikh pra-tempah ataupun harga dikeluarkan tetapi anda boleh menonton video dibawah untuk mengetahui serba sedikit mengenai penceritaan dan teknik permainan.