Walaupun sudah 5 tahun dikeluarkan, The Last of Us masih lagi mengekalkan status mereka sebagai antara permainan terbaik yang pernah dikeluarkan untuk Playstation 3 dan juga Playstation 4.

Selain baru sahaja mengeluarkan trailer terbaru untuk The Last of Us 2, Naughty Dog melalui kuciran di akaun Twitter mereka menyambut ulang tahun tersebut dengan mengumumkan permainan ini telah terjual sebanyak 17 juta unit secara global.

The Last of Us pertama kali dikeluarkan untuk Playstation 3 pada tahun 2013 kemudian The Last of Us Remastered untuk Playstation 4 dikeluarkan setahun kemudian.

Naughty Dog tidak berkongsi pecahan jualan unit untuk Playstation 3 dan Playstation 4 akan tetapi kami menjangkakan jumlah adalah lebih banyak untuk Playstation 4.

Untuk permainan yang eksklusif ini adalah satu kejayaan yang membanggakan bagi Naughty  Dog dan kami merasakan permainan ini memang layak untuk kejayaan ini. Tahniah Naughty Dog.

Sohor Kini