Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Terbaru The Last Of Us Part II Dipertontonkan – Memperlihat Bentuk Permainan Buat Pertama Kali

Trailer Terbaru The Last Of Us Part II Dipertontonkan – Memperlihat Bentuk Permainan Buat Pertama Kali

Diterbitkan pada June 12, 2018 oleh .

Seperti yang dinanti-nantikan oleh peminat ketika acara persidangan Sony, hari ini Naughty Dog akhirnya mempertontonkan trailer terbaru buat permainan The Last Of Us Part II dimana bukan sahaja mereka mempertontonkan lebih banyak watak Ellie, malah bentuk permainan tersebut buat pertama kalinya.

Trailer tersebut pada mulanya memaparkan watak Ellie yang berada di acara majlis dimana mereka menari dan minum. Menariknya kini Ellie mempunyai teman wanita bernama Dina. Ketika acara tersebut Ellie menari bersama-sama Dina dan mencium beliau.

Menariknya saat tersebut terus berpindah ketika saat Ellie berada di dalam hutan dan seolah sedang bertempur dengan sebilangan musuh. Sekaligus trailer tersebut terus berubah ke bentuk permainan dan seperti The Last Of Us sebelum ini, elemen pengintipan masih lagi terdapat di dalam permainan tersebut bersama-sama senjata seperti pistol, serangan jarak dekat.

Menariknya kini Ellie seolah mempunyai pilihan untuk menangkap musuh dan menjadikannya sebagai perisai manusia. Penghasilan barangan juga kembali dan pemain boleh melakukannya dimana sahaja dan berdasarkan trailer tersebut, Ellie tampaknya mampu untuk menghasilkan anak panah yang berkuasa seakan bom.

Walaupun dengan bentuk permainan yang dikongsikan, Naughty Dog masih belum berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan permainan tersebut mahupun sebarang tarikh pelancaran. Namun kami percaya, permainan ini masih jauh lagi dari pelancarannya dan kami pasti Naughty Dog akan menghasilkan satu lagi permainan yang bakal mengejutkan kita.

Seperti biasa, kami di Aksiz akan berkongsi sepanjang informasi baru berkenaan permainan The Last Of Us Part II selepas ia diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN