Capcom pada acara E3 2018 yang diadakan awal minggu ini telah berkongsi mengenai permainan akan datang mereka, Devil May Cry 5. Ia pada awalnya disasarkan untuk pelancaran sedikit lewat, tetapi kini Capcom dilihat menyasarkan pelancaran sedikit awal.

Perkara ini dilihat diumumkan melalui kenyataan bahagian pelabur di Capcom. Mereka menyasarkan untuk melancarkan permainan Devil May Cry 5 ini untuk PC, PS4 dan juga Xbox One sebelum penghujung Mac 2019 kelak.

Devil May Cry 5 merupakan sekuel kepada Devil May Cry 4 yang dilancarkan 10 tahun lepas. Kali ini, Capcom membawa kembali watak-watak daripada permainan sebelum ini dan tidak terus melupakan permainan Devil May Cry DmC daripada Ninja Theory 2013 lepas.

Pemain akan boleh memainkan tiga watak dalam permainan Devil May Cry 5 ini, dan terus mengekalkan bentuk permainan aksi pantas antara senjata api dan pedang.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai permainan ini.

Sohor Kini