Sebelum ini, Nintendo mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan DLC pernambahan buat Splatoon 2: Octo Expansion ketika acara Nintendo Direct beberapa bulan lepas.

Kini melalui acara Nintendo Direct yang berlangsung ketika E3 minggu ini, Nintendo akhirnya melancarkan DLC tersebut secara rasmi yang mana menurut mereka, ianya bakal tiba 14 Jun hari ini.

DLC pernambahan Octo Expansion tersebut akan menyertakan kandungan penceritaan yang baru buat pemain. Pemain akan mengawal watak Octoling, Agent 8 dimana beliau hilang ingatan pemain perlu menyelesaikan misteri penceritaan tersebut.

Menariknya DLC ini akan menyertakan melebihi 80 misi baru buat pemain dan bagi mereka yang menghabiskan penceritaanya, pemain berpeluang untuk menggunakan watak tersebut buat sesi multi-pemain Splatoon 2.

Selain itu, Nintendo juga mengumumkan Amiibo berdasarkan watak Octoling juga bakal tiba tahun ini.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan DLC pernambahan ini, anda boleh membelinya melalui Nintendo eShop dengan harga $19.99(~RM80) bermula hari ini.

Sohor Kini