Informasi Permainan Video Terkini
Konami Mengumumkan Permainan Sukan Hyper Sport R Untuk Nintendo Switch

Konami Mengumumkan Permainan Sukan Hyper Sport R Untuk Nintendo Switch

Diterbitkan pada June 14, 2018 oleh .

Lanjutan berkenaan dua pengumuman permainan oleh Konami yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, kini salah satu daripada permainan tersebut telahpun diumumkan iaitu permainan Hyper Sport R.

Permainan Hyper Sport R merupakan permainan yang berdasarkan permainan klasik arked yang dilancarkan oleh Konami sebelum ini pada tahun 1984. Kini, Konami tampaknya membawa semula siri permainan tersebut dengan bentuk yang baru seperti peningkatan visual dan bentuk permainan moden.

Menurut Konami, Hyper Sport R merupakan permainan simulasi sukan dimana pemain berupaya untuk berlatih dan menyerta pelbagai bentuk sukan individu mahupun berkumpulan.

Terdapat 20 watak yang pemain boleh tingkatkan latihan dan menyertai pelbagai acara sukan dari perlumbaan lumba lari, bola tampar, berenang dan sebagainya. Konami juga akan menyertakan sebilangan mod permainan antaranya adalah mod kempen solo yang pemain boleh bermain untuk lengkapkan penceritaan dan tingkat daya latihan watak. Mod Quick Play juga diumumkan untuk pemain bermain bersama-sama rakan melalui multi-pemain dengan sokongan sehingga empat pemain.

Hyper Sport R juga akan menyokong bentuk kawalan secara pergerakkan dengan menggunakan JoyCon ataupun menggunakan alat kawalan secara biasa melalui butang kawalan.

Menurut Konami, sebarang informasi lanjut berkenaan jumlah sukan, mod penceritaan dan juga tarikh pelancaran akan diumumkan kemudian.


TIPS & ULASAN