Informasi Permainan Video Terkini
Konami Akan Memperlihatkan 2 Permainan Untuk Switch Di E3

Konami Akan Memperlihatkan 2 Permainan Untuk Switch Di E3

Diterbitkan pada June 7, 2018 oleh .

Konami buat masa ini mempunyai Super Bomberman R sebagai permainan untuk Switch, tambahan mereka juga antara yang terawal mengeluarkan permainan untuk konsol tersebut.

Akan tetapi selepas itu Konami tidak mengeluarkan sebarang permainan tambahan. Melalui penyenaraian di E3, mereka akan membawa 2 permainan untuk Switch.

Mengikut senarai, permainan pertama adalah aksi pengembaraan dan satu lagi adalah kompilasi. Setakat ini tiada sebarang berita ataupun ura-ura mengenai permainan yang akan dikeluarkan.

Untuk kompilasi ramai yang berharap mereka akan membawa siri permainan Metal Gear Solid iaitu The Legacy Collection ataupun HD Collection yang sebelum ini hanya dikeluarkan untuk PS3.


TIPS & ULASAN