Bulan lepas, SNK mengumumkan secara rasmi bahawa mereka akan melancarkan konsol permainan mini klasik, iaitu NeoGeo Mini yang mana ia akan membawa permainan-permainan arked klasik yang dikeluarkan di konsol NeoGeo.
Pelancaran konsol mini tersebut bersempena dengan ulang tahun ke-40 buat syarikat SNK dan menurut SNK, mereka akan melancarkan dua versi iaitu versi Jepun dan versi antarabangsa dengan rekaan warna dan bentuk yang berbeza berdasarkan mesin arked NeoGeo.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, konsol mini tersebut mempunyai rekaan seakan mesin Arked dan mempunyai skrin terbina bersaiz 3.5 inci. Dengan hanya berat sebanyak 600 grams, konsol tersebut juga mempunyai picu audio dan juga HDMI yang membolehkan ia dimainkan di kaca TV. Ia juga mempunyai alat kawalan seakan arked yang terbina di konsol tersebut.

SNK juga menyediakan dua picu alat kawalan luaran untuk mereka yang ingin bermain menggunakan alat kawalan lain dimana ia akan dijual secara berasingan dengan dua pilihan warna.

Bagi senarai permainan pula, berikut merupakan senarai permainan yang terbina buat edisi global konsol mini tersebut.
- 3 Count Bout
- Art of Fighting
- Blazing Star
- Blue’s Journey
- Crossed Swords
- Fatal Fury Special
- Foot Ball Frenzy
- Garou: Mark of the Wolves
- Ghost Pilots
- King of the Monsters
- King of the Monsters 2
- Kizuna Encounter: Super Tag Battle
- Last Resort
- Magician Lord
- Metal Slug
- Metal Slug 2
- Metal Slug 3
- Metal Slug 4
- Metal Slug 5
- Metal Slug X
- Mutation Nation
- Ninja Master’s: Haou Ninpou Chou
- Puzzled
- Real Bout: Fatal Fury
- Robo Army
- Samurai Shodown II
- Samurai Shodown IV: Amakusa’s Revenge
- Samurai Shodown V Special
- Sengoku 3
- Shock Troopers
- Shock Troopers: 2nd Squad
- Super Sidekicks
- The King of Fighters ’95
- The King of Fighters ’97
- The King of Fighters ’98
- The King of Fighters 2000
- The King of Fighters 2002
- The Last Blade 2
- Top Player’s Golf
- World Heroes Perfect
Terdapat 40 permainan yang tersedia dan bagi versi Jepun, ianya akan mempunyai sebilangan perbezaan permainan memandangkan terdapat beberapa permainan yang hanya tiba secara bahasa Jepun sahaja.
Buat masa ini, SNK masih belum mengumumkan sebarang harga rasmi buat konsol mini tersebut dan menurut mereka, ianya akan tiba pada musim panas tahun ini bagi versi Jepun iaitu antara bulan Jun sehingga September ini. Bagi versi global pula, mereka akan mengumumnya kemudian.


