Informasi Permainan Video Terkini
SNK Akhirnya Mengumumkan NeoGeo Mini Secara Rasmi – Mempunyai Dua Versi Rekaan

SNK Akhirnya Mengumumkan NeoGeo Mini Secara Rasmi – Mempunyai Dua Versi Rekaan

Diterbitkan pada Mei 10, 2018 oleh .

Lanjutan daripada tertirisnya konsol NeoGeo Mini minggu lepas, SNK hari ini akhirnya mengumumkan secara rasmi konsol mini tersebut yang mana ia pelancarannya bersempena dengan ulang tahun ke-40 buat syarikat tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, konsol mini tersebut mempunyai rekaan seakan mesin Arked dan mempunyai skrin terbina bersaiz 3.5 inci. Dengan hanya berat sebanyak 600 grams, konsol tersebut juga mempunyai picu audio dan juga HDMI yang membolehkan ia dimainkan di kaca TV. Ia juga mempunyai alat kawalan seakan arked yang terbina di konsol tersebut. SNK juga menyediakan dua picu alat kawalan luaran untuk mereka yang ingin bermain menggunakan alat kawalan lain.

Selain daripada itu, SNK juga menyertakan dua versi rekaan konsol mini tersebut yang mana versi berwarna merah merupakan rekaan yang seakan mesin arked asal NeoGeo MVS dan ianya hanya akan dilancarkan di Jepun. Manakala versi berwarna hitam tersebut akan dilancarkan secara global.

Buat masa ini, SNK masih belum berkongsi tarikh pelancaran mahupun harga konsol mini tersebut. Menurut mereka, kedua-dua informasi tersebut akan diumumkan kemudian. Mereka juga tidak menyatakan senarai permainan-permainan yang akan disertakan bersama, namun ianya dipastikan bahawa akan mempunyai 40 permainan dan seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan Samurai Shodown, The King Of Fighters, Metal Slug dan Fatal Fury tampaknya merupakan sebahgian daripada permainan yang tersenarai.