Setelah lama dinantikan oleh peminat sejak 2015 ketika pengumuman pertama Capcom akan membina semula permainan Resident Evil 2, kini mereka akhirnya mengumuman secara rasmi bahawa permainan tersebut bakal tiba tidak lama lagi melalui acara persidangan Playstation yang berlangsung minggu ini di E3.

Kini, ketika acara E3 yang sama, melalui sesi bersama Playstation, Capcom berkongsi satu video khas yang mempertontonkan bentuk permainan Resident Evil 2.

Melalui trailer tersebut, Capcom mempertontonkan bentuk permainan Leon Kennedy, iaitu salah satu watak yang boleh dimainkan di dalam permainan tersebut.

Menariknya, video tersebut memperlihatkan balai polis Raccoon City yang menjadi satu adegan ikonik buat permainan asal Resident Evil 2 pada tahun 1998 lepas dimana pemain pertama kalinya memasuki ruangan dewan balai polis yang besar tersebut.

Selain dari visual grafik yang sememangnya sangat menawan, menurut Capcom dengan penggunaan RE Engine, iaitu enjin permainan yang sama dengan Resident Evil 7, mereka berjaya untuk menghasilkan satu visual grafik permainan yang seakan foto realistik.

Lokasi balai polis tersebut juga diubah-suai yang mana kini mereka menghasilkan pelbagai ruangan dan bilik baru seperti tandas yang tidak berada di dalam permainan asalnya. Menurut Yoshiaki Hirabayashi penerbit permainan tersebut, menyatakan bahawa Resident Evil 2 kali ini sememangnya adalah permainan asal Resident Evil 2 yang bertempatkan pada tahun 1998. Bukan sahaja mereka mengekalkan sebilangan elemen asal permainan tersebut, malah mengembangkannya lagi dengan pelbagai pernaik-tarafan.

Dari segi bentuk permainan pula, Resident Evil 2 tidak akan menggunakan konsep penembak pandang pertama seperti permainan Resident Evil 7 dan akan membawa bentuk penembak pandang ketiga dari belakang bahu watak seperti permainan Resident Evil 4.

Sekaligus dengan pendekatan bentuk kamera ini akan memberi lebih aspek permainan yang lebih seram dan keadaan permainan yang sememangnya membuat pemain lebih hargai dengan elemen pertahanan hidup.

Selain itu dari segi lokasi musuh juga diubah-suai dimana menurut Capcom, mereka melakukan perkara demikian adalah untuk mengejutkan pemain dimana buat mereka yang pernah bermain permainan asalnya, sudah pasti akan mengetahui berkenaannya. Sekaligus, mereka membuat perubahan tersebut untuk memastikan pemain lama juga terkejut dengan permainan baru Resident Evil 2 tersebut.

Kami di Aksiz sememangnya tidak sabar untuk bermain permainan ini memandangkan Resident Evil 2 merupakan siri pertama Resident Evil yang kami pernah mainkan. Selepas 10 tahun, kini permainan tersebut akhirnya tiba semula di konsol generasi kini dengan pelbagai pernaik-tarafan permainan. Seperti biasa, sebarang informasi tambahan lain akan kami kongsikan pada masa akan datang.

Resident Evil 2 akan dilancarkan pada 25 Januari 2019 ini di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini