Informasi Permainan Video Terkini
Resident Evil 2 Akan Menemui Peminat Pada 25 Januari 2019

Resident Evil 2 Akan Menemui Peminat Pada 25 Januari 2019

Diterbitkan pada June 12, 2018 oleh .

Projek pembikinan semula Resident Evil 2 telah bertahun diumumkan tanpa sebarang berita. Di acara PlayStation 4 yang berlangsung sebentar tadi, trailer pertama permainan ini akhirnya muncul dan ia bakal menemui peminat pada 25 Januari 2019.

Trailer turut menunjukkan perubahan dari segi grafik permainan baru ini. Tidak seperti RE edisi buatan semula yang dilancarkan kebelakangan ini, grafik Resident Evil 2 tidak menggunakan semula aset lama. Dua watak utama Leon S Kennedy dan Claire Redfield turut diperlihatkan bersama watak penjahat klasik Licker.

Selain grafik yang beresolusi tinggi, nampaknya RE2 tidak lagi menggunakan kamera statik. Sebaliknya kamera bergerak di belakang bahu pemain seperti Resident Evil 4. Sebagai peminat tegar Resident Evil 2, kami tidak sabar untuk memainkannya pada tahun hadapan di PlayStation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN