Ketika persidangan E3, ketua Xbox Phil Spancer mengumumkan yang pasukan beliau kini sedang membangunkan Xbox untuk generasi seterusnya tetapi tidak berkongsi sebarang maklumat lanjut.

Berdasarkan laporan penulis Thurrott Brad Sams yang melihat dokumen dalaman Microsoft mengatakan Xbox generasi seterusnya akan dikeluarkan pada tahun 2020. Menurut beliau lagi kod projek untuk pembangunan ini adalah Scarlett.

Beliau juga mengatakan Scarlett bukanlah untuk pembanguna satu peranti sebaliknya sekumpulan peranti yang boleh menandakan generasi seterusnya untuk Xbox juga akan mengeluarkan lebih dari satu konsol.

Walaupun ini sekadar ura-ura tetapi ia agak tepat dengan jangkaan ramai yang mengatakan generasi  konsol sekarang akan berakhir pada tahun 2020 dan paling lewat pada 2021 termasuk juga PS4 yang dikatakan sudah menghampiri fasa jangka hayat terakhir.

Dengan pengumuman ini adakah sudah masih berbaloi untuk membeli Xbox ataupun PS4 sekarang, bagi kami ya. 2 tahun ataupun setahun lebih masih jangka masa yang lama untuk konsol dan permainan akan terus dikeluarkan walaupun di fasa terakhir.

Sohor Kini