Setelah beberapa kali Overkill memperacahkan trailer watak berkenaan permainan The Walking Dead ini, kini akhirnya mereka mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan tersebut iaitu pada 8 November ini.

Menurut Overkill Software, beta tertutup permainan ini akan diadakan pada tahun ini. Namun, beta tertutup tersebut hanya buat pemain yang membuat pra-tempahan permainan tersebut sahaja yang mana, permainan tersebut kini sudah boleh di pra-tempah.

Overkill’s The Walking Dead akan meletakkan pemain di dalam dunia zombi yang berdasarkan grafik novel Robert Kirkman. Permainan ini memfokuskan empat multi-pemain penembak pandang pertama yang bertempatkan di Washington DC. Dengan berlakunya kejadian zombi tersebut, pemain perlu bekerjasama untuk mendapatkan kelengkapan dan barangan untuk terus hidup di dalam dunia tersebut.

Menurut Overkill Software, setiap watak akan mempunyai kepakaran yang berbeza termasuklah bentuk permainan yang akan membantu pemain untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Pemain juga perlu terus hidup dan bekerjasama untuk selamat di dalam dunia yang ditakhluk oleh zombi. Pemain juga diberi pelbagai pilihan senjata seperti serangan dekat yang lebih senyap ataupun menggunakan senapang.

Overkill’s The Walking Dead bakal tiba 8 November 2018 ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini