Informasi Permainan Video Terkini
Overkill Software Berkongsi Trailer Watak Heather Buat Permainan The Walking Dead
PC

Overkill Software Berkongsi Trailer Watak Heather Buat Permainan The Walking Dead

Diterbitkan pada June 9, 2018 oleh .

Bulan lepas, Overkill Software berkongsi trailer watak Grant buat permainan zombi terbaru oleh mereka iaitu Overkill’s The Walking Dead. Kini Overkill Software memperkenalkan satu lagi watak baru bernama Heather iaitu beliau merupakan salah satu daripada empat watak yang boleh dimainkan oleh pemain.

Berdasar trailer yang dikongsi diatas, watak Heather tampaknya berada di dalam sebuah kedai runcit dan beliau diserang oleh sekumpulan manusia yang cuba untuk mencuri beg beliau. Namun pada penghujung trailer tersebut, terdapat satu adegan yang agak menarik dimana Heather memerangkap manusia-manusia yang menyerang beliau sebelum itu.

Overkill’s The Walking Dead akan meletakkan pemain di dalam dunia zombi yang berdasarkan grafik novel Robert Kirkman. Permainan ini memfokuskan empat multi-pemain penembak pandang pertama yang bertempatkan di Washington DC. Dengan berlakunya kejadian zombi tersebut, pemain perlu bekerjasama untuk mendapatkan kelengkapan dan barangan untuk terus hidup di dalam dunia tersebut.

Menurut Overkill Software, setiap watak akan mempunyai kepakaran yang berbeza termasuklah bentuk permainan yang akan membantu pemain untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Pemain juga perlu terus hidup dan bekerjasama untuk selamat di dalam dunia yang ditakhluk oleh zombi. Pemain juga diberi pelbagai pilihan senjata seperti serangan dekat yang lebih senyap ataupun menggunakan senapang.

Buat masa ini, Overkill Software masih belum berkongsi tarikh pelancaran permainan tersebut, namun mereka menyatakan ia bakal tiba pada musim luruh ini iaitu antara bulan September sehingga Disember ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN