Melalui laman rasmi permainan My Hero Academia: One’s Justice, Bandai Namco menyenaraikan bahawa permainan tersebut akan dimainkan secara 60FPS di konsol Playstation 4 dengan resolusi 1080p. Manakala buat konsol Nintendo Switch pula, permainan tersebut hanya boleh dimainkan secara resolusi 720p dengan 30FPS.

Walaupun ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan prestasi konsol hibrid tersebut sememangnya lebih rendah jika berbanding dengan Playstation 4, akan tetapi dengan resolusi 720p prestasi permainan tersebut kelihatan mempunyai prestasi yang agak rendah.

Namun, menurut Bandai Namco, kadar FPS tersebut mungkin akan berubah mengikut keadaan permainan. Bandai Namco juga tidak berkongsi berkenaan keupayaan permainan tersebut jika dimainkan di konsol Playstation 4 Pro mahupun Nintendo Switch dalam keadaan di dok.

Dari segi watak pula, setakat ini permainan tersebut menyertakan 15 watak dan menurut Bandai Namco, mereka akan mengumumkan lagi sebilangan watak-watak lain pada masa akan datang. Termasuklah watak penjahat Himiko Toga dan Dabi.

My Hero Academia: One’s Justice merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan watak-watak daripada anime My Hero Academia. Menurut Bandai Namco, permainan ini akan mempunyai sistem bentuk permainan yang mana pemain berupaya untuk menghancurkan kawasan sekeliling dan menggunakannnya untuk bertempur dengan musuh.

Permainan My Hero Academia: One’s Justice dirancang untuk dilancarkan pada 2018 ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini