Informasi Permainan Video Terkini
Soul Calibur VI Bakal Tiba 19 Oktober Ini Buat Pasaran Malaysia – Edisi Terhad Diumumkan
PC

Soul Calibur VI Bakal Tiba 19 Oktober Ini Buat Pasaran Malaysia – Edisi Terhad Diumumkan

Diterbitkan pada June 13, 2018 oleh .

Bandai Namco hari ini akhirnya berkongsi tarikh pelancaran buat permainan perlawanan Soul Calibur VI iaitu pada 19 Oktober 2018 ini.

Setelah memperacah berkali-kali dengan pelbagai watak klasik dan watak baru yang diumumkan termasuk Geralt Of Rivia dari siri The Witcher, akhirnya tarikh pelancarannya diumumkan secara rasmi.

Bandai Namco juga berkongsi trailer baru permainan tersebut yang mana ia memperlihatkan sebahagian daripada kandungan penceritaan permainan tersebut.

Selain itu, Bandai Namco juga mengumumkan secara rasmi bahawa permainan tersebut akan dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia pada tarikh yang sama dan mereka akan menyertakan dua edisi istimewa buat permainan tersebut.

Edisi pertama, iaitu edisi Deluxe akan menyertakan permainan Soul Calibur VI itu sendiri bersama bekas permainan Steelcase dan cakera muzik latar. Menariknya juga edisi tersebut akan menyertakan pas musim yang akan menyertakan 3 lagi watak tambahan bersama pek Armor.

Edisi kedua pula adalah edisi terhad Collector’s yang akan menyertakan figura khas Sophitia bersaiz 12 inci. Selain daripada permainan Soul Calibur VI itu sendiri bersama bekas permainan Steelcase dan cakera muzik latar, edisi ini juga akan menyertakan buku karya seni dan kotak khas edisi Collectors.

Soul Calibur VI merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan pertempuran secara bersenjata. Seperti permainan Soul Calibur sebelum ini, permainan Soul Calibur VI akan memfokuskan bentuk perlawanan secara 8 arah pergerakkan. Soul Calibur VI bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam pada 19 Oktober 2018 ini.


TIPS & ULASAN