Skip to main content

Kita telah sedia mendengar beberapa info tertiris sebelum ini mengatakan permainan popular Fortnite akan hadir ke Nintendo Switch. Kini, hari ini seperti dinantikan ramai, pihak Epic Games telah pun mengumumkan secara rasminya permainan Fortnite berkenaan untuk konsol hibrid popular, Nintendo Switch.

Epic Games akan menawarkan permainan Fortnite ini melalui Nintendo Switch eShop. Seperti sokongan beberapa platform sebelum ini, ia turut akan menawarkan sokongan silang-platform, selain disasarkan untuk menawarkan pengalaman yang lancar kepada para pemain.

Untuk peringkat awal ini, Epic Games hanya menawarkan Fortnite Battle Royale sahaja – dimana ia ditawarkan secara percuma. Permainan penuh Fortnite masih tidak diumumkan untuk Nintendo Switch buat masa ini.

Apa pun, penawaran Fortnite untuk Nintendo Switch ini semestinya akan disukai ramai, sekaligus membolehkan anda bersaing untuk menjadi pemain terhebat dimana-mana anda berada menggunakan Switch.

Leave a Reply