Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Secara Tidak Sengaja Mengesahkan Fortnite Untuk Switch

Nintendo Secara Tidak Sengaja Mengesahkan Fortnite Untuk Switch

Diterbitkan pada June 6, 2018 oleh .

Sebelum ini kami melaporkan ura-ura yang Fortnite akan dikeluarkan untuk Switch dan akan diumumkan pada E3 kelak dan Kotaku mengatakan mengikut sumber mereka perkara itu boleh dikatakan betul.

Ini ditambah lagi apabila Fortnite untuk Switch disenaraikan di dalam Korean Game Rating and Administration Committee (GRAC). Walaupun penyenaraian itu sekarang sudah dipadamkan tetapi mengikut pengalaman kami permainan yang tersenarai di situ merupakan permainan yang akan dikeluarkan.

Hari ini mengukuhkan lagi ura-ura ini, Nintendo sendiri secara tidak sengaja mengesahkan Fortnite untuk Switch. Berdasarkan kuciran oleh Michael (@SciresM) berkongsi senarai kemaskini yang dikeluarkan di eShop dan antara tersenarai adalah Fortnite.

Agak aneh untuk permainan yang masih tiada di dalam eShop menerima kemaskini, oleh disebabkan itu ramai yang menjangkakan permainan tersebut sudah ada di dalam eShop dan akan mula boleh di muat turun selepas pengumuman di E3 nanti.

Dengan penambahan pelbagai laporan ini, kami boleh katakan yang Fortnite untuk Switch hanya menanti untuk diumumkan. Walaupun tidak disahkan, tetapi kami merasakan Fortnite yang dikeluarkan adalah mod Battle Royale yang percuma bukan permainan Fortnite yang berbayar.


TIPS & ULASAN