Skip to main content

Sebelum ini, Ubisoft berkongsi bentuk permainan pertama dan tarikh pelancaran buat Tom Clancy’s The Division 2 ketika acara persidangan Xbox. Kini melalui persidangan Ubisoft mereka sendiri, Ubisoft berkongsi sebilangan kemaskini terbaru buat permainan tersebut.

Melalui persembahan Ubisoft, kandungan DLC untuk permainan The Division 2 tahun pertama akan disediakan secara percuma. Terdapat 3 jumlah DLC yang diumumkan dan menurut Ubisoft, mereka akan melancarkannya secara berperingkat mengikut episod.

Ini merupakan satu tindakan menarik memandang permainan The Division 2 memfokuskan bentuk multi-pemain. Dengan kandungan yang disertakan secara percuma, para pemain pasti akan terus menyokong permainan tersebut.

Dari segi penyambungan watak daripada permainan pertama, menurut Ubisoft fungsi ini tidak akan disertakan. Memandangkan permainan The Division 2 bertempatkan 7 tahun selepas permainan The Division pertama, sekaligus pemain akan bermula dengan kelengkapan baru dan watak baru.

Ubisoft juga mengumumkan mod Raids dan menyokong sehingga 8 pemain. Buat masa ini informasi lanjut berkenaan Raids akan dikongsikan kemudian.

Tom Clancy’s The Division 2 dijadualkan untuk dilancarkan pada 15 Mac 2019 dan menurut Ubisoft ia bakal tiba di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply