Informasi Permainan Video Terkini
Tom Clancy’s The Division 2 Diumumkan Secara Rasmi – Bakal Tiba 15 Mac 2019
PC

Tom Clancy’s The Division 2 Diumumkan Secara Rasmi – Bakal Tiba 15 Mac 2019

Diterbitkan pada June 11, 2018 oleh .

Ubisoft hari ini mengumumkan permainan The Division 2 yang mana kali ini, ia akan menempatkan pemain di Washington DC. Pengumuman ini dilakukan ketika acara persidangan Xbox One yang berlangsung hari ini.

Tom Clancy’s The Division 2 merupakan permainan RPG dunia terbuka yang dibangunkan oleh Ubisoft. Sebelum ini, permainan The Division yang pertama telah dilancarkan pada 2016 lepas dan ia bertempatkan di New York. Kini, The Division 2 akan menempatkan pemain di kawasan Washington DC dan sekali lagi pemain akan mengawal sebagai ejen Division untuk membina semula bandar tersebut.

Ketika pengumuman permainan tersebut di persidangan Xbox, Ubisoft mempertontonkan sebilangan bentuk permainan dan tampaknya The Division 2 masih lagi mengekalkan bentuk permainan yang sama namun dengan beberapa pernaik-taraf dari segi grafik dan juga kelengkapan senjata.

Menariknya juga, video yang dipertonton menunjukkan bentuk multi-pemain yang merupakan adalah teras utama bagi permainan The Division 2.

Tom Clancy’s The Division 2 dijadualkan untuk dilancarkan pada 15 Mac 2019 dan menurut Ubisoft ia bakal tiba di Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN