Informasi Permainan Video Terkini
Square Enix Berkongsi Trailer Baharu Untuk Kingdom Hearts 3 – Edisi Deluxe Diumumkan

Square Enix Berkongsi Trailer Baharu Untuk Kingdom Hearts 3 – Edisi Deluxe Diumumkan

Diterbitkan pada June 12, 2018 oleh .

Ketika persidangan Xbox, trailer baharu Kingdom Hearts 3 dipertontonkan yang memperlihatkan dunia Frozen, manakala ketika persidangan Square Enix mereka berkongsi trailer yang lebih kurang sama tetapi dengan beberapa kandungan lain.

Selain itu Square Enix turut mengumumkan edisi Deluxe untuk permainan ini. Edisi biasa akan berharga $59.99 (RM239) manakala edisi Deluxe yang mengandungi Artbook dan pin dijual dengan harga $79.99 (RM319), tambahan edisi Deluxe juga boleh ditambah dengan figura Bring Arts untuk watak utama iaitu Sora, Goofy dan Donald, edisi ini dijual dengan harga $229.99 (RM917).

Harga di atas adalah berdasarkan penyenaraian di Square Enix Store dan bukan harga rasmi untuk pasaran Malaysia. Jika kami mendapat maklumat lanjut dan harga rasmi, kami akan kongsi kan kemudian.

Kingdom Hearts 3 bakal tiba di Playstation 4 dan Xbox pada 29 Januari 2019 ini.


TIPS & ULASAN