Buat pertama kalinya, ketika acara persidangan Xbox, Square-Enix mempertontonkan trailer terbaru buat permainan Kingdom Hearts 3.
Berdasarkan trailer yang dipertontonkan, Kingdom Hearts 3 tampaknya akan menyertakan dunia daripada filem Frozen dimana Sora, Donald dan Goofy bakal berinteraksi dengan watak-watak seperti Elsa dan Olaf. Menariknya trailer tersebut juga memaparkan sebilangan watak-watak lama seperti Aqua dan juga Mickey.
Antara yang paling dinantikan oleh peminat, iaitu mod permainan Gummi Ship juga bakal kembali di Kingdom Hearts 3 dan kali ini, Square-Enix mempertontonkan sebilangan bentuk permainan bagi mod tersebut melalui trailer terbaru diatas.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Kingdom Hearts 3 bakal tiba di Playstation 4 dan Xbox pada 29 Januari 2019 ini.


