Bersempena dengan acara The Game Awards 2017 yang berlangsung hari ini, Kojima Productions hari ini akhirnya berkongsi trailer terbaru bagi permianan Death Stranding yang mana ia memperacahkan sebilangan adegan baru yang memfokuskan watak pelakon Hollywood Norman Reedus.

Trailer tersebut memaparkan sebilangan kelengkapan yang nampak boleh digunakan oleh pemain termasuklah senjata api. Dengan bertemakan permainan sci-fi dunia terbuka, Kojima Production masih belum mempertontonkan sebarang bentuk permainan bagi permainan Death Stranding.

Namun begitu, trailer tersebut memapar pelbagai adegan yang mungkin akan memeningkan pemain dan pelbagai petunjuk berkenaan permainan tersebut. Menariknya juga, ketika penghujung trailer tersebut, ia memaparkan lima bayangan seperti trailer pertama bagi permainan tersebut bersama Norman Reedus. Sekaligus ini lima bayangan tersebut sememangnya akan memainkan peranan yang penting bagi permainan Death Stranding.

Namun buat masa ini, Kojima Productions masih belum berkongsi lagi informasi tambahan bagi permainan Death Stranding dan seperti anda, kami juga masih terpinga-pinga dengan trailer yang dipertontonkan. Bagi anda yang menonton trailer tersebut, apakah pendapat anda? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen dibawah.

Sohor Kini