Informasi Permainan Video Terkini
Assassin’s Creed Odyssey Akan Hadir 5 Oktober – Beralih Ke Yunani Dengan Pilihan Jantina Watak Dan Dialog Perbualan
PC

Assassin’s Creed Odyssey Akan Hadir 5 Oktober – Beralih Ke Yunani Dengan Pilihan Jantina Watak Dan Dialog Perbualan

Diterbitkan pada June 12, 2018 oleh .

Acara Ubisoft E3 2018 baru sahaja usai dengan pengesahan beberapa maklumat dan paparan skrin Assassin’s Creed Odyssey yang tertiris beberapa hari lebih awal. Ia mengesahkan siri Odyssey akan beralih ke zaman peperangan Yunani dan Sparta lengkap dengan sepakan Spartan filem 300. Dari segi rekaan permainan, ia memang menyerupai Origins yang hadir  tahun lalu dan tidak melampau untuk mengatakan ia adalah permainan dengan aset watak yang diubah.

Pada waktu yang sama ia turut membawakan beberapa perubahan kepada siri. Pemain boleh memilih watak lelaki atau wanita untuk dikawal sepanjang permainan iaitu Kassandra atau Alexios. Hanya satu watak boleh dikawal bagi membezakannya dengan Syndicate yang hadir tiga tahun yang lalu. Turut diperkenalkan ialah sistem perbualan yang boleh dipilih menyerupai sistem RPG The Witcher 3 dan Fallout. Akhir sekali terdapat petunjuk pemain boleh mengawal kapal Trireme untuk melakukan permukaan pada permukaan laut.

Sebagai peminat tegar siri ini, saya harus aku ketiga-tiga eleman baru ini menarik perhatian kerana memperbaiki kekurangan yang wujud pada Origins tahun lalu. Mungkin ada yang kecewa grafik masih lagi seperti tahun lalu namun hakikatnya grafik Origins sebenarnya sudah cukup menarik dan Odyssey tidak memerlukan perubahan grafik yang tinggi kerana ia dilihat hanya sekadar permainan filler sebelum perubahan besar dilakukan setiap dua tahun. Ya Odyssey mengembalikan semula kitaran setahun sekali untuk siri Assassin’s Creed selepas direhatkan sementara pada tahun 2016.

Kepada yang berminat Assassin’s Creed Odyssey akan mula dijual 5 Oktober hadapan. Satu perjudian yang berani dari Ubisoft kerana pada bulan yang sama Red Dead Redemption 2 akan dilancarkan. Tetapi saya yakin bagi peminat siri AC, ini bukan halangan dan kembalinya siri ini kepada permainan tahunan akan memastikan tiada penantian yang lama untuk kembali berbunuhan seperti pembunuh upahan sebenar.


TIPS & ULASAN